Cara membuat persidangan video menggunakan Google Meet

Google Meet memudahkan anda memulakan mesyuarat video selamat. Sertai mesyuarat daripada mana-mana penyemak imbas web moden atau muat turun apl, kemudian Meet sedia digunakan.

Apakah itu Google Meet

Google menyediakan persidangan video gred perusahaan untuk semua orang. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai Akaun Google dapat membuat mesyuarat dalam talian dengan maksimum 100 peserta dan bertemu sehingga 60 minit untuk setiap mesyuarat.

Perniagaan, sekolah dan organisasi lain boleh memanfaatkan ciri lanjutan, termasuk mesyuarat dengan maksimum 250 peserta dalaman atau luaran dan membuat penstriman langsung kepada maksimum 100,000 penonton dalam domain.

Apakah itu Google Meet
BERMULA

Cara mendaftar untuk Google Meet

Untuk kegunaan peribadi

Jika anda sudah pun menggunakan Gmail, Google Photos, YouTube atau produk Google yang lain, hanya log masuk ke Akaun Google anda yang sedia ada.

Tiada Akaun Google? Daftar secara percuma.

Untuk kegunaan perniagaan

Jika anda sememangnya pengguna Google Workspace, hanya log masuk ke akaun anda yang sedia ada.

Jika anda tiada akaun Google Workspace, lihat pelan dan harga untuk mengetahui tentang pilihan untuk perniagaan.

Untuk pentadbir Google Workspace

Google Meet sudah pun disertakan dalam Google Workspace dan G Suite for Education.

Untuk mula menggunakan Meet sebagai sebahagian daripada Google Workspace, hidupkan panggilan video untuk organisasi anda.

Cara mengakses Google Meet

Dari komputer anda

Gunakan mana-mana penyemak imbas web moden—muat turun tidak diperlukan

Anda boleh memulakan mesyuarat atau menyertai mesyuarat daripada mana-mana penyemak imbas moden pada desktop atau komputer riba anda. Tiada perisian tambahan untuk dipasang.

Daripada telefon atau tablet anda

Muat turun apl mudah alih Google Meet

Sertai, hoskan atau kongsi skrin anda daripada apl mudah alih Google Meet. Muat turun daripada Google Play atau Apple Store.


PERKARA ASAS MESYUARAT

Cara memulakan mesyuarat video

Buat mesyuarat baharu

Buat mesyuarat baharu

Untuk membuat mesyuarat video baharu, log masuk ke Akaun Google anda yang sedia ada atau daftar secara percuma.

Undang mesyuarat Dalam Talian

Undang orang lain ke mesyuarat dalam talian anda

Hantar pautan atau kod mesyuarat kepada sesiapa yang ingin anda undang ke mesyuarat. Untuk versi percuma Google Meet, tetamu perlu membuat atau log masuk ke Akaun Google yang sedia ada untuk menyertai mesyuarat.

Sertai mesyuarat

Sertai mesyuarat

Ketik pautan mesyuarat daripada undangan, masukkan kod mesyuarat daripada hos anda di sini atau panggil mesyuarat menggunakan nombor dail masuk dan PIN dalam undangan.

Untuk mendapatkan bantuan tentang bekerja dari rumah menggunakan Meet, sila lihat kit alat bekerja dari jauh kami.

CIRI PERCUMA

Cara menggunakan ciri percuma Google Meet

Nikmati persidangan video percuma dengan maximum 100 peserta. Google Meet juga menawarkan langkah tentangan penyalahgunaan seperti antiperampasan bagi membantu anda melindungi data dan privasi anda.
Bilangan mesyuarat tanpa had

Bilangan mesyuarat tanpa had

Berhubung dengan sesiapa sahaja—rakan sekerja, pelanggan, rakan kelas—sekerap yang anda ingini.

Undang sehingga 100 peserta ke mesyuarat. Jika anda menggunakan versi percuma Google Meet, sesiapa sahaja yang anda undang perlu log masuk dengan Akaun Google untuk menyertai mesyuarat itu bagi keselamatan tambahan.

Sari kata langsung semasa mesyuarat

Sari kata langsung semasa mesyuarat

Ikuti dalam masa nyata dengan sari kata langsung automatik yang dikuasakan oleh teknologi pengecaman pertuturan Google. Untuk menghidupkan sari kata, klik tiga titik pada skrin Meet untuk memaparkan pilihan itu (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Serasi dengan pelbagai peranti

Serasi dengan pelbagai peranti

Google Meet berfungsi pada sebarang peranti. Sertai mesyuarat daripada desktop/komputer riba, Android atau iPhone/iPad anda.

Untuk organisasi yang memerlukan sokongan bilik persidangan, perkakasan Google Meet menawarkan pilihan berkualiti tinggi yang mampu milik untuk dibeli. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang saling kendalian Google Meet dengan sistem bukan Google.

Skrin pratonton video dan audio

Skrin pratonton video dan audio

Setelah mengklik kod atau pautan mesyuarat, anda boleh melaraskan kamera dan mikrofon anda dan melihat penampilan anda sebelum memasuki mesyuarat. Anda juga dapat pratonton orang yang sudah menyertai mesyuarat itu.

Reka letak boleh laras dan tetapan skrin

Reka letak boleh laras dan tetapan skrin

Meet menukar reka letak dalam mesyuarat video secara automatik untuk memaparkan kandungan dan peserta yang paling aktif.

Untuk menukar reka letak, klik tiga titik di penjuru bawah pada skrin Meet.

Kawalan untuk penganjur mesyuarat

Kawalan untuk hos mesyuarat

Sesiapa sahaja boleh menyemat, meredam atau mengalih keluar peserta dengan mudah. Atas sebab privasi, anda tidak boleh menyahredamkan orang lain. Minta mereka menyahredamkan audio mereka.

Untuk akaun pendidikan, hanya pencipta mesyuarat yang boleh meredamkan atau mengalih keluar peserta lain. Ketahui cara menyediakan Meet untuk pembelajaran jarak jauh.

Perkongsian skrin dengan peserta

Perkongsian skrin dengan peserta

Bentangkan seluruh skrin atau tetingkap aplikasi anda untuk berkongsi pembentangan atau bekerjasama mengendalikan dokumen.

Tingkatkan pembentangan Meet anda dengan 10 petua ini.

Pemesejan dengan peserta

Pemesejan dengan peserta

Jadikan mesyuarat lebih menarik dengan pemesejan langsung semasa panggilan. Untuk berkongsi fail, pautan dan mesej lain dengan peserta, klik ikon sembang. Mesej hanya tersedia semasa mesyuarat.

Penyepaduan dengan apl Google dan Microsoft Office

Penyepaduan dengan apl Google dan Microsoft Office

Sertai mesyuarat terus daripada Gmail atau Kalendar.

Pengguna Microsoft Office boleh ditambahkan pada undangan dan melihat mesyuarat pada kalendar Microsoft® Outlook® mereka.


Untuk mendapatkan ciri lanjutan, termasuk penstriman langsung, lihat pelan dan harga.
KESELAMATAN DAN PRIVASI

Keselamatan, pematuhan dan privasi

ISO/IEC AICPA FR HIPPA

Ciri antipenyalahgunaan dihidupkan secara lalai

Google Meet menggunakan pelbagai langkah antisalah guna untuk memastikan mesyuarat anda selamat, termasuk ciri antiperampasan dan kawalan mesyuarat selamat. Ciri ini juga menyokong berbilang pilihan pengesahan 2 langkah, termasuk kunci keselamatan.

Penyulitan dalam transit dihidupkan secara lalai

Semua mesyuarat video disulitkan dalam transit secara lalai antara pelanggan dan Google. Meet mematuhi standard keselamatan IETF untuk Keselamatan Lapisan Pengangkutan Datagram (DTLS) dan Protokol Pengangkutan Masa Nyata Selamat (SRTP).

Pematuhan untuk menyokong keperluan kawal selia

Produk kami, termasuk Meet, menjalani pengesahan bebas berhubung keselamatan, privasi dan kawalan kepatuhan secara kerap. Untuk mendapatkan senarai penuh pensijilan dan pengakuan, lawati Pusat sumber pematuhan.

Keselamatan - Melindungi data

Komitmen terhadap privasi dan perlindungan data anda

Google Meet mematuhi komitmen privasi dan perlindungan data yang teguh, sama seperti perkhidmatan perusahaan Google Cloud yang lain.


Meet tidak mempunyai ciri atau perisian penjejakan perhatian pengguna.

Meet tidak menggunakan data pelanggan untuk pengiklanan.

Meet tidak menjual data pelanggan kepada pihak ketiga.
PENYELESAIAN INDUSTRI

Google Meet untuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan organisasi bukan untung sebagai sebahagian daripada Google Workspace

Pendidik, organisasi bukan untung dan pakar penjagaan kesihatan yang mencari persidangan video boleh mendapatkan Google Meet melalui Google Workspace, yang termasuk ciri privasi dan alatan tambahan.
G Suite for Education

G Suite for Education

Sekolah boleh menggunakan Google Meet secara percuma sebagai sebahagian daripada G Suite for Education. Meet, Bilik Darjah dan Google Workspace selebihnya boleh digunakan untuk menyokong pematuhan peraturan seperti COPPA, FERPA da GDPR.

Google Workspace untuk penjagaan kesihatan

Google Workspace untuk penjagaan kesihatan

Gunakan Google Meet sebagai sebahagian daripada Google Workspace untuk membolehkan pematuhan HIPAA apabila menjaga pesakit dari jauh dengan lawatan maya. Dengan Google Workspace, anda juga boleh menyimpan data dengan selamat dalam Drive dan mengelakkan penggunaan kertas melalui borang pengambilan digital.

G Suite untuk organisasi bukan untung

Google Workspace untuk organisasi bukan untung

Organisasi yang layak boleh menggunakan Google Workspace untuk Organisasi Bukan Untung tanpa sebarang caj. Dapatkan apl perniagaan selamat Google Workspace seperti Gmail, Drive, Dokumen dan Meet untuk membantu organisasi bukan untung anda bekerjasama dengan lebih berkesan.

Cara syarikat terkemuka menggunakan Google Meet