Panggilan video dan mesyuarat untuk semua orang.
Google Meet ialah satu perkhidmatan untuk mesyuarat video dan panggilan yang selamat dan berkualiti tinggi yang tersedia untuk semua orang, pada mana-mana peranti.
Meet secara selamat
Meet menggunakan perlindungan yang sama seperti yang digunakan oleh Google untuk melindungi maklumat dan privasi anda. Persidangan video Meet disulitkan dalam transit dan pelbagai langkah keselamatan kami dikemas kini secara berterusan untuk perlindungan tambahan.
Meet dari mana-mana sahaja
Himpunkan semua ahli pasukan dalam Google Meet, yang membolehkan anda membentangkan cadangan perniagaan, bekerjasama dalam tugasan kimia atau cuma bertanya khabar.
Perniagaan, sekolah dan organisasi lain boleh membuat strim langsung mesyuarat kepada 100,000 penonton dalam domain mereka.
Meet pada mana-mana peranti, di mana-mana sahaja
Tetamu boleh menyertai mesyuarat dan panggilan daripada komputer mereka menggunakan mana-mana penyemak imbas moden—tiada perisian untuk dipasang. Pada peranti mudah alih, mereka boleh menyertai mesyuarat dan panggilan melalui apl Google Meet. Malah, tetamu boleh menyertai mesyuarat dan panggilan daripada Google Nest Hub Max.
Meet dengan jelas
Google Meet dilaraskan kepada kelajuan rangkaian anda untuk memastikan panggilan video berkualiti tinggi walau di mana jua anda berada. Penambahan AI baharu memastikan panggilan anda jelas walaupun semasa persekitaran anda bising.
Meet dengan semua orang
Dengan sari kata langsung yang dikuasakan oleh teknologi pengecaman pertuturan Google, Google Meet menjadikan mesyuarat lebih mudah diakses. Untuk bukan penutur asli, peserta yang cacat pendengaran atau kedai kopi yang bising, sari kata langsung memudahkan semua orang untuk mengikuti perbualan (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).
Kekal berhubungan
Penjadualan ringkas, rakaman mudah dan reka letak boleh suai membantu orang saling berinteraksi dan berhubung.
Kongsi skrin anda
Bentangkan dokumen, slaid dan hamparan dengan menunjukkan seluruh skrin anda atau hanya satu tetingkap.
Hoskan mesyuarat besar
Undang sehingga 500 peserta dalaman atau luaran ke mesyuarat.
Sertai mesyuarat daripada telefon anda
Gunakan apl Google Meet untuk menyertai panggilan video atau sertai mesyuarat melalui audio sahaja dengan memanggil nombor dail masuk dalam undangan mesyuarat.
Kawal
Secara lalainya, mesyuarat adalah selamat. Pemilik boleh mengawal orang yang menyertai mesyuarat; hanya orang yang diluluskan oleh pemilik mesyuarat boleh memasuki mesyuarat.
Siarkan acara dalaman
Strim langsung acara seperti dialog awam dan mesyuarat jualan dengan maksimum 100,000 penonton dalam domain anda.
Syarikat terkemuka percaya kepada Google Meet
Soalan paling popular
Apakah perbezaan antara Google Hangouts, Hangouts Meet dan Google Meet?
Hangouts Meet dan Hangouts Chat telah dijenamakan semula kepada Google Meet dan Google Chat pada bulan April 2020. Pada tahun 2019, kami mengumumkan bahawa kami akan memindahkan semua pengguna Hangouts klasik kepada produk Meet dan Chat yang baharu. Untuk menyediakan persidangan video dalam talian gred perusahaan kepada semua orang, kami telah mengumumkan versi tanpa kos Google Meet pada bulan Mei 2020.
Adakah Google Meet selamat?
Ya. Meet memanfaatkan prasarana selamat mengikut reka bentuk Google Cloud untuk melindungi data dan privasi anda. Anda boleh mengetahui tentang komitmen privasi, langkah tentangan penyalahgunaan dan perlindungan data di sini.
Bolehkah peserta luar menyertai panggilan?
Sudah tentu. Untuk versi tanpa kos Google Meet, semua peserta perlu log masuk ke Google Account untuk menyertai mesyuarat. Anda boleh membuat Google Account menggunakan alamat e-mel kerja atau peribadi.
Untuk pelanggan Google Workspace, setelah anda membuat mesyuarat, anda boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai mesyuarat itu walaupun mereka tiada Google Account. Hanya kongsi pautan tersebut atau ID mesyuarat dengan semua peserta mesyuarat.
Berapakah kos Google Meet?
Sesiapa sahaja yang mempunyai Google Account boleh membuat mesyuarat video, mengundang hingga 100 peserta dan bertemu hingga 60 minit untuk setiap mesyuarat tanpa kos.
Untuk ciri tambahan seperti nombor dail masuk antarabangsa, rakaman mesyuarat, penstriman langsung dan kawalan pentadbir, lihat pelan dan harga.
Adakah pautan Google Meet mempunyai tarikh tamat?
Setiap mesyuarat diberikan kod mesyuarat yang unik berserta masa tamat tempoh berdasarkan jenis produk Workspace yang telah membuat mesyuarat itu. Baca lebih lanjut di sini.
Adakah Google Meet mematuhi keperluan industri saya?
Produk kami, termasuk Google Meet, menjalani pengesahan bebas berhubung keselamatan, privasi dan kawalan kepatuhan secara kerap serta memperoleh pensijilan, pengakuan pematuhan atau laporan audit bagi standard di seluruh dunia. Senarai pensijilan dan pengakuan global kami dapat ditemukan di sini.
Organisasi saya menggunakan Google Workspace. Mengapakah Google Meet tidak kelihatan dalam Kalendar saya?
Pentadbir IT mengawal tetapan Google Workspace, seperti sama ada Google Meet ialah penyelesaian persidangan video lalai dalam Kalendar Google. Lawati Pusat Bantuan Pentadbir Google Workspace untuk mengetahui cara mengaktifkan Google Meet dalam organisasi anda.